Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif
dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah
tumpangan orang-orang gila.
Pada suatu hari mereka dibenarkan
bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi
mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah
khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.
Tiba-tiba
mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam….
apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si
Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak
lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si
Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu
cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.
Keesokkan harinye Si
Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu.
Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, ” Saya ada dua
berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik,
awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan
atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini
mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk
awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu
yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan
muka selamba di Hanif pun menjawab, “Tidak tuan dia bukan membunuh diri
tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering”.
No comments:
Post a Comment